Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, November 5, 2013

My E-Day 04112013


<3 Bismillah <3

Alhamdulillah, lafaz syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan kurniaan yang tidak terhingga buat sekalian hamba-hambaNya. Alhamdulillah! :)

Selesai sudah majlis pertunangan, alhamdulillah kerana segalanya telah dipermudahkan oleh Allah swt. Semoga majlis yang ringkas tersebut mendapat rahmat Allah swt sentiasa, InsyaAllah. 

Jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat, yang sudi menghulurkan bantuan untuk memeriahkan majlis tersebut dan bersama-sama hingga majlis selesai dengan baiknya. Alhamdulillah. 

Ribuan terima kasih juga, buat sahabat yang disayangi, Ukhti Asyikin dan Ukhti Nasuha serta adik perempuannya yang comel kerana sudi hadir dan menemani dan menyiapkan ana untuk majlis pertunangan ana ini, Syukran Jazilan =)  

Semoga jasa kalian di berkati Allah Taala dan Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian, InsyaAllah!

<3 Subhanallah <3 Alhamdulillah <3 Allahu Akbar <3


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.