Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, May 4, 2013

Pesan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW mewasiatkan tiga (3) Perkara yang perlu diajarkan kepada anak-anak sedari mereka kecil, iaitu:

  • Ajarkan mereka sehingga mereka boleh Kasih kepada Rasulullah SAW
  • Ajarkan mereka sehingga mereka dapat mencintai Ahli Keluarga Rasulullah SAW
  • Ajarkan mereka Al-Quran
  • Cintai Allah SWT atas kenikmatan yang dikurniakan kepada kita, hambaNya.
  • Cintai Rasulullah SAW kerana Allah
  • Cintai Ahlu Bait kerana mencintai Rasulullah SAW 

Cara Menanam Sifat Malu

Rasulullah SAW menggariskan cara untuk kita menanamkan sifat malu dalam diri kita, antaranya ialah:

  • Menjaga Pancaindera daripada melakukan maksiat
  • Menjaga Perut daripada memakan makanan yang haram kerana ia akan menggelapkan hati
  • Sentiasa mengingati Mati dan mengetahui seksaan orang yang mengingkari perintah Allah swt
  • Meninggalkan keseronokan dunia yang melalaikan diri
  • Mengingati Allah swt dan hari Akhirat

Pengukuran Taubat

  • Meninggalkan maksiat dan perkara dosa yang dilakukan
  • Menyesal atas segala maksiat dan dosa yang telah dilakukan
  • Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi
  • Melakukan perkara-perkara yang telah ditinggalkan selama melakukan dosa

Bonus Khas Orang Yang Bertaubat

  • Menenangkan jiwa yang resah kerana Dosa
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Meningkatkan ketakwaan diri
  • Membanteras tipu daya syaitan yang memerangkap manusia dengan dosa dan maksiat
  • Memperoleh kemuliaan dan anugerah Allah SWT dalam hidup di dunia dan di akhirat
  • Hubungan yang baik sesama manusia dapat dikekalkan
  • Membersihkan kekotoran Hati