Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, March 8, 2013

SINOPSIS "KERANA DIA"



“Kebahagiaan dimiliki seandainya segalanya Kerana Dia”


SITI AISYAH redha menerima ketentuan Ilahi apabila suami tersayang, Muhd Azuan dijemput Ilahi dalam kemalangan yang meragut nyawa suaminya sebelum sempat dia menatap wajah cahaya matanya. Meskipun kesedihan membelenggu hatinya namun dia berusaha untuk kuat demi anak yang dikandungnya. Dia menyakinkan hatinya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Senyuman kunci kekuatan buat dirinya menghadapi segala dugaan yang dilalui.  


NUR ASYIKIN yang telah dua tahun mendirikan rumahtangga masih belum dikurniakan cahaya mata. Pertanyaan yang sering diajukan oleh ibu mertuanya membuatkan dia resah dalam penantiannya. Sokongan dan dorongan dari suami tercinta, Amirul Hakimi menjadi sumber kekuatannya untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Dia memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar terus diberikan kekuatan untuk menghadapi segalanya.  

Apakah yang akan dihadapi oleh Siti Aisyah dan Nur Asyikin? Ikuti perjalanan kisah mereka.