Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, December 14, 2012

Kata-Kata InDah

Belajar mengerti mengenai diri, pasti kita akan mengerti diri orang lain,
Belajar mengerti suatu matlamat yang ada dalam diri pasti kita akan mengerti matlamat dan harapan orang lain terhadap kita.

Pesan Imam al-Ghazali: 
Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa
Yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah
Yang ringan itu solat, yang tajam itu lidah..

Saidina Umar r.a. berkata: "Sesiapa yang dapat menghimpunkan 3 perkara ini maka bermakna telah menghimpun segala kebaikan iman..: 
- menyedari hakikat diri sendiri
- menegakkan keselamatan (kebenaran) bagi seluruh alam.
- suka menderma walaupun dalam keadaan fakir 
(Diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari)

Kemanisan iman itu hanya akan dirasai bila engkau mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada cintamu kepada yang lain.

Lenalah tidurmu dengan alunan suci al-Quran, 
Basahkan bibirmu dengan zikir munajat, 
Damaikan jiwamu dengan Doa keselamatan,
Moga kehidupanmu disinari cahaya keimanan.

Hiasilah tidurmu dengan kalimah Syahadah,
Lelapkan matamu dengan alunan zikrullah,
Selimutkan dirimu dengan wudhuk,
Alaskan tidurmu dengan Doa,
Moga dirimu dirahmati Allah.

Rawatilah hati yang luka dengan Iman kerana hanya Iman akan menyempurnakan jalan hidup kita ke Alam bahagia.

Jadikan Allah itu Kekasihmu,
Jadikan Al-Quran itu Surat Cintamu,
Jadikan Solat itu Telefonmu,
Jadikan Zikir itu Kerinduanmu
& Jadikan Mati itu Date pertama dengan Kekasihmu. 

mUtiaRa Kata

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." -Khalifah Abdul Malik bin Marwan-

"Janganlah engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya." -Saidina Umar al-Khattab-

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.." -Saidina Abu Bakar as-Siddiq- 

"Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan." -Saidina Ali bin Abi Talib-

"Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata 'Aku sudah pintar', maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya." -Luqman al-Hakim-

"Siapa yang mendamaikan dua orang yang bersengketa, Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak.." -Anas r.a.-

"Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.." -Saidina Ali bin Abi Talib-

"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan prasangka, maka janganlah menyesal kalau orang yang menyangka buruk kepadanya." -Saidina Umar al-Khattab-

"Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindahkan bukit ke bukit.." -Ibnu Abbas-

"Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka.." -Ahli Hikmah- 

"Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasaan Allah.." -Imam Syafie- 

"Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh.." -Amru al-As- 

"Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim.." -Saidina Umar al-Khattab-

"Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja.." -Luqman al-Hakim-  

"Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.." -Saidina Umar al-Khattab- 

"Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.." -Al Syibli- 

"Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.." -Luqman al-Hakim- 

"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu, hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya.." -Ahli Hikmah-

"Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.." -Saidina Ali bin Abi Talib-

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.." -Saidina Ali bin Abi Talib- 

"Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya.." -Saidina Ali bin Abi Talib- 

"Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata." -Imam Syafie- 

"Allah telah memerintahkan kepada dunia, 'Berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat kepada-Ku, dan buatlah payah orang yang berkhidmat kepadamu'.." -Imam Ja'far As-Shodiq-  

"Alangkah buruknya kepapaan kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa.." -Saidina Ali bin Abi Talib-  

"Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada orang yang berakal, beradab, dan terpilih.." -Ibnu Maqaffa- 

"Kekayaan yang sebenar ialah akal, kepapaan yang sebenar ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yang baik.." -Saidina Ali bin Abi Talib- 

"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.." -Imam al-Ghazali-

"Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka yang berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah lembut.." -Saidina Umar al-Khattab- 

"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia, orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.." -Saidina Abu Bakar as-Siddiq- 

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu itu bertambah bila dibelanjakan.." -Saidina Ali bin Abi Talib-      



“Jangan engkau menjadi hamba orang lain. Sesungguhnya Allah jadikan engkau merdeka” (Saidina Ali)

“Membalas baik dengan jahat, bukanlah berperikemanusiaan. Membalas baik dengan baik perkara biasa. Tetapi membalas jahat dengan baik adalah cita-cita kemanusiaan yang setinggi-tingginya.” (Hamka)

mUtiara HaDiS

Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: 'Maha Suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau', melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu." (Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Niat: Permulaan Segala Amalan 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kewajipan Menyampaikan Ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa." (Riwayat al-Bukhari)

Faedah Menyampaikan Ilmu

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)   

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: “Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran solat selagi mana ia berada ditempat solatnya menanti untuk menunaikan solat.” -Riwayat Muslim-

Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi saw bersabda: “Sekiranya seorang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*KETERANGAN:
Abu Nadhr, salah seorang perawi hadis ini berkata: “Aku tidak mengetahui sama ada Nabi saw mengatakan: Empat puluh hari, empat puluh bulan, atau empat puluh tahun.”
Haram melintasi di hadapan orang yang sedang solat tanpa penghadang. 


KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA
Drpd Tamim al-Dari ra., Nabi saw bersabda: “Agama adalah ‘NASIHAT’.” Kami bertanya: “Terhadap siapa?” Baginda menjawab: “Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya.” (Rwyt Muslim)
Drpd Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

JANGAN MEMBEBANKAN DIRI
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda: “Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

CARA MELAKSANAKAN AGAMA
Drpd Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagiaan malam.” (Riwayat al-Bukhari)

BERHATI-HATI MENYAMPAIKAN ILMU
Drpd Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi saw bersabda: “Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun.” (Riwayat Muslim)

MENUNJUK CONTOH TELADAN YANG BAIK
Drpd Abu Mas’ud al-Ansori ra, Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya.” (Riwayat Muslim)
Drpd Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: “Siapa yang melambat-lambatkan amalannya, keturunannya tidak akan bersegera untuknya.” (Riwayat Muslim)

SIFAT MALU YANG SEBENAR
Drpd Imran bin Husain r.a., Nabi saw bersabda: “Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)
Drpd Abdullah bin Umar r.a., Nabi saw mendengar seseorang mempertikai sifat malu pada sahabatnya, maka baginda bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)   

MENYUKAI SUATU YANG TERBAIK
Drpd Sahl bin Saad ra, Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah.” (Riwayat al-Hakim & al-Tabrani)
 

Friday, October 12, 2012

I Like ;)

<3 Bismillah <3 

Ana suka novel ini kerana terdapat sedikit moral of the story yang dapat ana kutip dan ada juga sedikit ilmu yang berguna untuk dimanfaatkan seperti petikan doa dan hadis. Alhamdulillah, apa yang baik diambil, apa yang tidak baik/buruk ditinggalkan..InsyaAllah! 

MOTIVATION BOOK



KEK COKLAT MOIST

Alhamdulillah dapat siapkan sebiji kek coklat, walaupun tak berapa pandai tapi menjadi jugak..hehe. thanks for my young bro yang membantu cz dia yg nak makan kek. so, buat je lah di samping dapat mengisi masa lapang..hehe
so, ana turut nk kongsikan juga resepi kek coklat ini: 



Kek Coklat

Bahan-bahan A:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm mentega
2 sudu kecil esen vanilla


Bahan-bahan B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Bahan-bahan C:
100gm Coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
3 sudu besar air panas

Cara menyediakan:



1.     Masukan bahan B: serbuk koko, gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2.     Bahan A: Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji, dan vanilla digaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3.     Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4.     Bahan C: masakkan secara double boiler 100 gm coklat masakan, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air sehingga pekat n curahkan ke atas kek.