Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, June 15, 2012

F-R-I-E-N-D




<3 Bismillah <3

Alhamdulillah, hari ini ana mahu memperkenalkan sahabat ana yang istimewa ini.

Sahabat ana ini bernama Siti Azmah Kertau Kintus. Berumur 24 tahun. Orang Johor, merupakan anak felda =)

Alhamdulillah, seorang yang penyayang, ceria, baik hati dan sopan serta berpendirian orangnya. ;)

Alhamdulillah, sama-sama dengan ana belajar di UUM dalam bidang Marketing selama 4 tahun dari tahun 2008 hingga 2012.  MasyaAllah tabarakallah, walau pun hanya berkenalan pada tahun kedua di universiti, namun telah banyak pengalaman dan memori yang dilalui bersama yang dapat dijadikan tauladan dalam hidup ana. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! 

Sedikit perkongsian: Alhamdulillah, dalam setiap diri sahabat ana, ana temui satu nilai yang amat berharga untuk ana jadikan panduan dalam membentuk dan membaiki diri ana, MasyaAllah! 

Dalam diri Siti Azmah, apa yang ana peroleh adalah pentingnya diri kita untuk:- 1) sentiasa taat dan memohon restu dari Ibubapa kita untuk mencapai keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan dan untuk menggapai Redha Ilahi, kerana #Redha Ilahi terletak pada Redha Ibu. 

Ana juga dapat belajar satu lagi nilai dalam diri sahabat ana ini, iaitu 2) sekiranya kita berusaha ikhlas kerana Allah dan demi membantu keluarga dan membahagiakn Ibu kita, sesungguhnya Allah SWT akan membuka jalan untuk kita seluasnya dan akan mempermudhkan setiap langkah kita dan dalam apa jua urusan kita. 3) Sayangilah seluruh ahli keluarga kita seikhlasnya kerana mereka adalah harta yang amat berharga. Hargailah apa yang kita miliki sebelum ianya diambil kembali oleh Allah SWT. Dengan itu, ana berusaha untuk sentiasa menyebarkan kasih & sayang buat semua bukan sahaja keluarga malah semua sahabat yang ana miliki. Serta menghargai setiap apa yang berada di dalam genggaman tangan ana. InsyaAllah!   

Selama ini, ana kurang sedar semua itu, tapi alhamdulillah dengan kehadiran seorang sahabat kurniaan Ilahi Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, sedikit demi sedikit Allah membuka pintu hati ana untuk mengerti hakikat tersebut. Alhamdulillah, ana bersyukur kerana menemui nilai tersebut untuk ana mengubah diri ana ke arah yang lebih baik. Ana juga bersyukur kerana diberi peluang untuk berkenalan dan bersahabat dengan Siti Azmah. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau di dunia dan di akhirat. Inshaallah, Amin ya rabbal 'alamin :)


Ukhwahfillah, salam sayang & cinta Raihanatul Al Islam <3





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.