Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, October 26, 2013

Mengapa Diri Tidak Dihargai

<3 Muhasabah Diri <3

Kadang-kadang kita akan tertanya diri kita, mengapa diri kita tidak dihargai?

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa tidak menghargai, dia tidak akan dihargai"

Mungkin kita tidak sedar, bahawa dalam hidup kita ini kita tidak pernah menghargai orang lain. Ketahuilah yang hanya orang yang punyai harga diri akan menghargai orang lain.  Orang yang tidak ada harga diri sukar untuk menghargai orang lain. Jadi usahlah terasa hati atau pun resah gelisah tatkala merasakan yang diri tidak dihargai. 

Cuba kita merenung ke dalam diri kita,: "Adakah harga diri kita terletak kepada harta atau pun pangkat mahupun status??

Ketahuilah bahawa harga diri bukan terletak pada apa yang kita pakai, atau apa yang kita miliki. Tapi harga diri terletak pada apa yang kita beri dan apa yang kita sumbangkan kepada orang di sekeliling kita. 

Jadilah seorang yang suka memberi, berikanlah dengan sepenuh hati dan ikhlas kerana di situlah letaknya harga diri kita. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. 

"Allah sayang kepada orang yang memberi lebih dari yang menerima"

Kita perlu ingat bahawa orang yang tidak bersyukur kepada Allah, tidak akan berterima kasih kepada manusia.  Seperti Hadis Riwayat al-Tirmizi, Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah.." 

Dalam suatu kisah, terdapat seorang wanita tua yang merupakan penghuni di Rumah Orang-Orang Tua. Dia duduk sendiri di bilik. Dia mengeluh, "Malangnya hidup bila kita tidak dihargai". 
Dan terdapat seorang lagi wanita tua yang turut berada di dalam bilik itu, terdengar keluhan sahabatnya. Dia menepuk bahu sahabatnya itu dan berkata, "Apa yang malang dalam hidup bukan bila kita tidak dihargai, tapi apa yang malang dalam hidup bila kita tidak menghargai.."  

Sedarilah, kita akan merasakan yang hidup kita ini tidak bernilai bila asyik suka membuat perbandingan dengan orang lain. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, dan belajarlah untuk sentiasa menghargai setiap perkara yang hadir dalam hidup kita. 

Dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda: "Kasihilah sesiapa sahaja di bumi, nescaya Kamu akan dikasihi oleh seluruh makhluk." 

Semoga Allah swt Mengasihi dan Menyayangi kita semua, In Shaa Allah..Amin Ya Rabbal 'alamin :)  

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.