Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, May 16, 2014

Kisah Si Isteri Yang Bertaubat Kerana Sebiji Tembikai ;(

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Via Ustaz Zailan

Wednesday, April 16, 2014

Dakwah & Ukhuwah

<3 Bismillah <3

Alhamdulillah, lafaz syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas setiap kesempatan yang dipinjamkan-Nya =)
Dengan izin-Nya, Allah beri ruang dan masa untuk meluangkan masa menyertai usrah yang diadakan pada Isnin (16 Disember 2013) pada jam 9.30 malam dalam "RESEPI CINTA USRAH". Alhamdulillah, tajuk yang menjadi kupasan dalam usrah minggu ini ialah berkaitan "Dakwah Dan Ukhuwah". InsyaAllah, akan dikongsikan di ruangan ini apa yang bermanfaat untuk kebaikan bersama. :)

SOALAN 1: Sebaik sahaja kita mengenal jalan dakwah, serta sebaik sahaja kita mengenal tentang hijrah, siapa yang ada bersama kita saat itu?

JAWAPAN: Allah, keluarga dan sahabat-sahabat yang baik =) 

Sejelasnya, Di hati kita,
Dalam fikiran kita,
Dalam roh kita,
Semua tentang ALLAH SWT =)


SOALAN 2: Adakah kita mampu hidup secara sendiri tanpa ada jemaah atau pun bermasyarakat?

JAWAPAN: Ternyata, tidak akan mampu untuk kita jalani hidup secara sendiri tanpa berada dalam jemaah/masyarakat. 
Kenapa? Kerana kita memerlukan orang lain untuk menguruskan jenazah kita kelak memandangkan setiap diri kita merupakan bakal Jenazah. "Setiap yang bernyawa pasti merasai Mati"


    

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda :)


Bismillah <3

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH swt.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siraturrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH swt dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH swt.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH swt tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH swt itu Lebih Mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH swt dan yang buruk itu dari hambaNya juga.

InsyaAllah, semoga dalam lindungan dan jagaan Allah swt selalu. InsyaAllah! 

#La Hawla Wala Quwwata Illah Billah =)

Sumber: MencariKebenaran's photo (Facebook)

Saturday, December 7, 2013

Mengenal Rasul =)

<3 Bismillah <3 

Sesungguhnya, tanpa mengenali Rasulullah SAW yang telah diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat untuk seluruh umat, semestinya kita tidak akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Kita juga tidak akan mendapat nikmat Syurga yang kekal pada hari Kiamat kelak. 

Asas berkaitan sifat-sifat Wajib, sifat Mustahil dan sifat Jaiz yakni Harus yang dimiliki para rasul perlu diketahui. Di bawah ini, terdapat ringkasan berhubung sifat tersebut.

Sifat Wajib Bagi Rasul :-
1. Siddiq - benar / jujur
2. Amanah - dipercayai
3. Tabligh - menyampaikan dan menerangkan perintah dan larangan Allah terhadap insan
4. Fathonah - cerdik dan cerdas

Sifat yang Harus bagi Rasul ada SATU iaitu mempunyai sifat yang sebagaimana sifat manusia biasa namun ia tidak membawa kepada tercemarnya darjat kerasulan mereka. Seperti :-
- kahwin
- makan
- minum
- lapar
- dahaga
- berasa dingin
- sakit
- sihat
- berusaha mencari rezeki 
- dan sebagainya    

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra'd 13:38 yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa orang rasul sebelummu dan Kami menjadikan isteri-isteri dan keturunan kepada mereka."

Sifat Mustahil Bagi Rasul :-
1. Kizbun - dusta
2. Khianah - curang / khianat
3. Kitman - tidak menyampaikan perintah
4. Baladah - bodoh
 

Kajian Terhadap Kecerdasan Otak Kanak-Kanak

<3 Bismillah <3

Topik: Rumusan kajian Dr. Glenn Doman.

InsyaAllah, di sini diberikan sedikit perkongsian tentang kajian yang dilakukan oleh seorang pakar terhadap Kecerdasan otak Kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak cacat otak. 

Rumusannya :-

1. Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

2. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran dan percakapan. 

3. Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yang sama. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah dan suasana pembelajaran. 

4. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan berkurangan pada peringkat seterusnya. 

5. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak. 

6. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil. 

7. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.

Bab II: Adab Ketika Makan (sambungan)

<3 Bismillah <3

11. Makan bermula dari tepi - memulakan makanan bermula dari tepi pinggan dan bukannya bermula dari tengah pinggan. Daripada Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Makanlah kamu di dalam talam dari sudut tepinya, janganlah kamu memulakannya dari tengah, maka sesungguhnya keberkatan terdapat di tengah talam tersebut." (Riwayat Baihaqi)

12. Kunyah secara perlahan dan lumat - kita perlulah mengunyah makanan secara perlahan dan lumat supaya segala yang dimakan dapat dihadamkan dengan sempurna. Mengunyah makanan secara cepat dan tidak lumat boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

13. Elokkan suapan - kita haruslah menyuap makanan ke dalam mulut dengan elok, iaitu janganlah terlalu besar sehinggakan susah hendak memasuki mulut. Pastikan suapan tersebut sederhana dan menepati dengan keluasan mulut. Pastikan makanan di dalam mulut sudah habis sebelum memasukkan suapan yang seterusnya.

14. Tidak meniup pada makanan - elakkan daripada meniup makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Dan jauhkan dari memakan makanan yang terlalu panas dan terlalu sejuk.

15. Bercakap perkara yang elok semasa makan - adalah sunat jika kita bercakap hal-hal kebaikan semasa makan, dan bercakap perkara yang mendatangkan faedah. Hal ini lebih ditekankan sekiranya menerima tetamu. Perkara ini telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan Baginda telah mengajarkan kepada para sahabatnya cara yang terbaik semasa makan.

Adalah makruh sekiranya kita bercakap hal yang keji dan tidak mendatangkan faedah. Dan disunatkan kepada tuan rumah atau tuan empunya makanan bercakap bagi memeriahkan lagi suasana.

16. Makan dalam keadaan duduk - kita haruslah makan dalam keadaan duduk dan elok. Tidak elok jika makan dalam keadaan menyandar dengan tangan, berbaring, meniarap, berjalan dan sebagainya.

Daripada Ibnu Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Rasulullah telah menegah daripada dua makanan, duduk di hidangan yang ada padanya minuman arak dan makan seorang lelaki dalam keadaan berbaring." (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

17. Jauhkan perkara yang menghilangkan selera orang lain - kita mestilah mengelakkan daripada melakukan hal mahu pun perbuatan yang boleh menghilangkan selera orang lain serta menyakiti orang yang bersama kita seperti menguap di hadapan makanan, bersin ke arah hidangan, kekotoran yang ada pada pakaian, membuang hingus dari hidung, berdahak semasa makan dan sebagainya.     

18. Tidak memandang kepada orang lain - kita hendaklah tidak memandang kepada orang lain yang sedang makan bersama kita supaya tidak mengganggu ketenteraman mereka semasa makan. Seseorang yang dipandang akan merasa tidak senang untuk makan apa yang diingininya serta merasa malu kerana terdapat orang yang memerhatikannya.

Seandainya yang memandang itu adalah tuan rumah, maka hal ini akan menimbulkan pandangan serong tetamu terhadap tuan rumah dan akan dikatakan kedekut.

19. Angkat makanan yang jatuh - kita perlulah segera mengangkat makanan yang jatuh semasa makan sama ada semasa menyuap mahu pun yang jatuh dari pinggan. Sapu makanan tersebut jika masih elok untuk dimakan atau pun tinggalkan di atas alas makanan jika sudah tidak elok untuk dimakan. Jangan sesekali tinggalkan makanan tersebut kepada syaitan.

Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila jatuh suapan seseorang, maka buangkanlah kekotoran yang ada padanya dan memakannya. Janganlah ia meninggalkannya kepada syaitan. Dan Rasulullah memerintahkan kami supaya sapu kesan makanan yang ada pada pinggan seseorang dengan jari, Rasulullah SAW bersabda: maka sesungguhnya kamu tidak mengetahui mana satu makanan kamu yang berkat" (Riwayat Muslim)    

Daripada Jabir RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila seseorang kamu makan makanan, maka telah jatuh makanan daripada suapannya, maka sapulah apa yang meragukan daripada makanan tersebut, kemudian memakannya dan janganlah meninggalkannya kepada syaitan." (Riwayat at-Tirmizi)

20. Tidak campurkan biji atau pun kulit dengan makanan yang belum dimakan - kita hendaklah menjauhi daripada mencampurkan makanan yang telah dimakan sama ada biji, kulit, tulang dan seumpamanya di dalam bekas makanan yang belum di makan lagi kerana akan menghilangkan selera orang lain. 

Makanan yang sudah di makan bercampur dengan air liur dan perkara-perkara yang ada di dalam mulut. Janganlah letakkannya di dalam bekas makanan yang belum dimakan kerana dikhuatiri bercampur antara kedua-duanya. 

21. Suapkan makanan kepada isteri dengan tangan - Apabila seseorang kamu makan bersama isteri, maka suapkan sedikit makanan dengan tangan kamu ke dalam mulutnya kerana perkara tersebut akan diganjari pahala daripada Allah SWT. Juga dapat mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri. Sabda Rasulullah SAW kepada Saad bin Abi Waqas sebagaimana berikut: 

Maksudnya, "Dan sesungguhnya tidak memberi nafkah seorang lelaki kepada isterinya yang mengharapkan keredhaan Allah SWT kecualilah akan diberikan ganjaran pahala kepadanya, sehinggalah apa yang kamu suapkan ke mulut isterimu." (Riwayat Bukhari & Muslim)      

22. Mempersilakan hadirin untuk menjamah makanan - adalah disunatkan tuan rumah mempersilakan hadirin untuk menjamah makanan lebih-lebih terdapat tetamu yang segan, atau teragak-agak untuk menyentuh makanan. Hal ini lebih dituntut sekiranya terdapat di kalangan hadirin ulama', orang tua, kedua-dua ibu bapa dan seumpamanya. 

23. Mendahulukan orang lain - sunat untuk kita mendahulukan orang lain yang makan bersama daripada kita sendiri terutama orang yang alim, mempunyai kelebihan atau pun makanan yang disediakan hanya sedikit atau pun ada orang yang sangat berhajat kepada makanan.  

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat." (Surah Al-Hasyr: 9)

24. Tidak berlebihan ketika makan - tidak makan terlalu kenyang sehinggakan membawa kepada pembaziran. Malah, makan sekadar menghilangkan kelaparan. Makan terlalu kenyang menyebabkan kemudaratan kepada manusia. 

Begitu juga, membawa kepada malas, lemah pemikiran, lemah tubuh badan, susah untuk melaksanakan ibadah dan sebagainya. Daripada Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Orang mukmin makan dalam satu bekas dan orang kafir makan dalam tujuh bekas." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada Miqdam RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak memenuhi perut anak Adam daripada makanan yang keji, memadailah bagi anak Adam untuk dipenuhi tulang salbinya, jadikanlah 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk dirinya." (Riwayat Ahmad & Tirmizi)

25. Tidak menyapu tangan dengan makanan - hal ini seolah-olah memperkecilkan nikmat Allah SWT. Tidak boleh menyapu tangan selepas makan dengan roti atau pun selain daripadanya. Begitu juga, menyapu tangan dengan kain pelapik pinggan mangkuk kerana perkara tersebut menyalahi adab-adab yang diajarkan oleh Islam.     

Thursday, November 28, 2013

Bab II: Adab Ketika Makan

Bismillah, 

1. Makan secara berjemaah - makan secara berjemaah dapat mendatangkan keberkatan dan mengukuhkan ikatan mahabbah antara satu sama lain. 

Rasulullah SAW telah bersabda ketika para sahabat mengadu bahawa makanan yang disediakan tidak mencukupi untuk semua yang hadir sebagaimana hadis berikut:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berkumpullah kamu di sisi makanan, dan sebutlah nama Allah nescaya kamu akan diberkati." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban & Hakim)

Makanan sedikit yang diberkati Allah SWT ketika makan secara beramai-ramai sekalipun mampu mencukupi untuk semua. Daripada Jabir RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Makanan untuk seorang boleh dimakan dua orang, makanan yang cukup untuk dua orang boleh dimakan empat orang dan makanan untuk empat orang boleh dimakan untuk lapan orang." (Riwayat Muslim)

Berkumpul secara beramai-ramai dapat melahirkan ukhwah sesama manusia serta melatih supaya bermurah hati dan bersedekah. 

2. Letakkan makanan di atas alas - meletakkan makanan di atas alas dapat mendatangkan kebaikan kepada manusia. Makanan tidak akan berselerak di atas lantai dan juga dapat menjaga lantai daripada kotor. 

Daripada Anas RA berkata: "Rasulullah SAW tidak makan di atas meja makan dan pinggan yang diperbuat daripada emas dan perak, lalu sahabat bertanya: bagaimana mereka makan, Anas RA berkata: mereka makan menggunakan alas (safrah)." (Riwayat Ibnu Majah)

Menggunakan alas merupakan sunnah Rasulullah SAW namun diharuskan makan menggunakan meja makan kerana ada setengah ulamak mentafsirkan meja adalah alas. Hal ini kerana terdapat para sahabat selain Anas yang melihat Rasulullah SAW makan di atas meja, yang penting ialah menggunakan alas sama ada diperbuat daripada kulit, kain, plastik dan sebagainya. 

3. Basuh kedua-dua belah tangan sebelum dan selepas makan - adalah penting untuk mengelakkan kita daripada terkena penyakit kerana kebiasaannya tangan terdedah kepada benda-benda yang kotor. 

Hikmah besar di sebalik perintah ini adalah untuk menggalakkan umat Islam supaya menjaga kebersihan. Daripada Ibnu Abas RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Membasuh tangan sebelum dan selepas makan dapat menjauhkan daripada kefakiran." (Riwayat at-Tabrani)

Daripada Salman RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Makanan akan diberkati jika membasuh tangan sebelum dan selepas makan." (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)

4. Tidak mencela atau memperlekehkan makanan - Hindari daripada memperkecilkan makanan sama ada seseorang itu menjadi tetamu atau pun makan di rumahnya sendiri. Sesungguhnya dengan memperkecilkan makanan dapat membawa kepada mengingkari nikmat Allah SWT. 

Ingatlah, bahawa terdapat manusia yang tidak mempunyai makanan dimakan setiap hari. Maka, bersyukurlah dengan apa yang direzekikan oleh Allah SWT kepada kita. Sabda Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA berkata, "Adalah Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah mencela makanan. Apabila suka sesuatu ia makan dan jika tidak maka ia tinggalkan." (Riwayat Bukhari & Muslim)

5. Menunggu makanan sehingga sejuk - menanti makanan sehingga sejuk adalah hal yang dapat mendatangkan keberkatan. Daripada Asma' RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya (menunggu makanan sehingga sejuk) lebih banyak mendatangkan keberkatan." (Riwayat Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Hibban & Baihaqi)

Makanan yang terlalu panas dapat mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Demikian juga jika makanan terlalu sejuk.

6. Baca doa sebelum makan - membaca doa ketika memulakan makan dan niatkan kerana Allah SWT. Daripada Umar bin Abi Salamah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Wahai kanak-kanak! Bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kamu dan makan apa yang dekat denganmu (terlebih dulu)." (Riwayat Bukhari & Muslim)

7. Jangan bergopoh-gapah - ini merupakan sikap orang kafir dan ia sangat dicintai oleh syaitan. Seseorang itu tidak akan menyedari berapa banyak yang telah mereka makan disebabkan sifat gopoh-gapah. Islam juga tidak menggalakkan umatnya bersikap demikian dalam segala urusan sama ada yang berkaitan dengan dunia mahu pun akhirat. 

8. Mulakan dengan buah-buahan - makan buah-buahan sebagai permulaan adalah perkara yang mendatangkan faedah yang besar kepada tubuh badan manusia dan dapat mengelokkan penghadaman makanan. 

Firman Allah yang bermaksud: "Dan juga (diwajibkan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih, serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini." (Surah Al-Waqiah: 20-21)

9. Makan dengan tangan kanan - hal ini adalah perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap insan. Daripada Ibnu Umar RA berkata, sabda Rasulullah SAW: "Apabila seseorang kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanan. Maka sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." (Riwayat Muslim)

Daripada Kaab bin Malik RA berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW makan dengan tiga jari dan menjilat jarinya selepas makan." (Riwayat Muslim)

10. Makan makanan yang berada di hadapan terlebih dahulu - adab makan adalah menjamah makanan yang berada di hadapan terlebih dahulu dan janganlah sesekali memulakan dengan menjamah makanan yang berada di hadapan orang lain. Hal ini kerana dapat menyakiti mereka dan kita akan dikatakan tidak beradab ketika makan. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dan makanlah makanan yang hampir dengan kamu." (Riwayat Muslim) 

Namun, ada pengecualian jika makanan yang ada di hadapan kita tidak diingini atau makanan yang kita tidak boleh makan seperti makanan yang terlalu pedas dan sebagainya. Maka dibolehkan memulakan mengambil makanan yang berada di hadapan orang lain.       

--->> Bersambung...