Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, June 29, 2012

KAWAN

Iman al-Ghazali ada menerangkan KAWAN yg BAIK & KAWAN yg TIDAK BAIK

  • Pilih kawan yg berakal, Jangan pilih kawan yg bodoh krn akn mnjadi musuh & mnyakitkan hati.
  • Pilih kawan yg berakhlak, Jangan pilih kawan yg jahat krn akn dirangsang nafsu jhatnya.
  • Pilih kawan yg soleh, Jangan pilih kawan yg fasik krn akn diajar kita akn pkerjaan dosa & maksiat.
  • Pilih kawan yg bersederhana, Jangan pilih kawan yg tamak krn akan mnjdi racun berbisa kpd sifat pemurah. 
  • Pilih kawan yg brcakap benar, Jangan pilih kawan yg slalu bcakap bohong krn akn mmusnahkn jiwa.

Wednesday, June 27, 2012

One Of the Best Novel

Ana suka novel ni kerana karakter watak yang ditonjolkan adalah funny but smart. Penyampaian yang menarik dan ana enjoy membacanya kerana menceriakan ana sebagai pembaca dengan penceritaannya. Watak Uwais Ukasyah dan Hannah Maryam merupakan sweet and lovely couple that really i admire. 
  

Tuesday, June 26, 2012

30 PESANAN IMAN SYAFIE

  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  • Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  • Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  • Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  • Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  • Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  • Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  • Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  • Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkah, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  • Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  • Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  • Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  • Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  • Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  • Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  • Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  • Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  • Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  • Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  • Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  • Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rum ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Monday, June 25, 2012

Sifat 20

Wujud : Ertinya Ada

Qidam : Ertinya Sedia

Baqa' : Ertinya Kekal

Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith.
Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu.

Qiamuhu Ta'ala Binafsihi :
Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya.

Al – Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan.

Al – Qudrah :
Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan tiap-tiap sesuatu.

Al – Iradah :
Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.

Al – Ilmu :
Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .

Al – Hayat .
Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.

Al - Samu’ : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.

Al – Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala.

Al – Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala.

Kaunuhu Qadiran :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.

Kaunuhu Muridan :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.

Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan
Tiap-tiap sesuatu.

Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.

Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud.

Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang Maujudat 
(Benda yang ada)

Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.

preparation 4 Ramadhan=)

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.

zikrullah

smga lidahku sntiasa basah menyebut nama-Mu ya Allah, 
& hatiku sntiasa mngingati-Mu ya Allah..moga mndpt keredhaan-Mu ya Allah di dnia & di akhirat..Inshaallah=)  

 

ASMAUL HUSNA

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

  • Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
  • Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  • Orang yang berada di Saf depan solat berjemaah
  • Orang yang menyambung Saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam Saf)
  • Kalangan Malaikat mangucapkan "Amin" ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah
  • Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  • Orang yang melakukan solat Subuh & Asar secara berjemaah
  • Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  • Orang yang membelanjakan harta (INFAK)
  • Orang yang sedang makan sahur
  • Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

via fb: Tanyalah Ustaz

Sunday, June 24, 2012

Akhlak Mulia

1. Bersikap benar & amanah - supaya org skeliling berasa selesa dgn kjujurn kita

2. Menjaga Maruah diri - supaya org skeliling mnghormati pegangan agama kita.

3. Bersabar ketika mnghadapi kesusahan - supaya org sekeliling sntiasa berlapang dada mbantu kita

4. Menepati & mnunaikan janji - spya org skeliling prcaya & mnghormati pndngan kita.

5. Berani & Pemurah - spy org skeliling sntiasa bsama kita dlm susah mahupn senang

6. Berlemah lembut dgn Makhluk lain - spy org sekeliling berasa selesa di smping kita

7. Berasa mulia dgn keimanan - spy org skeliling mnghormati & mnghargai bahawa ISLAM ITU INDAH

SeIndah Mawar

Muslimah Solehah diibaratkan seperti bunga Mawar (wardah).
- Cantik utk dilihat
- Harum baunya dpt dihidu dari jauh

Namun, 
- sukar didekati
- sukar diperolehi

Kerana, 
-dipagari duri y melindungi ia

ku berharap, aku dpt mnjadi spt mawar yg berduri yg mampu mbentuk keindahan keperibadian & mengukuhkan keimanan & ketaqwaan di hati kpd Maha Pencipta agr mnjadi benteng n pelindung diri utk mnjdi Muslimah Solehah..Inshaallah, ameen..:)

Fastabiqul Khairat

<3 Bismillah <3 
 
Duhai sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah bersama-sama kita berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan dan kebaikan. Semoga kebajikan & kebaikan yang akan kita lakukn adalah ikhlas niat di hati semata-mata kerana Allah swt & demi memperoleh keredhaan dari-Nya dalam hidup kita bukan saja di dunia malah di akhirat kelak..InsyaAllah! Kebajikan juga sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya pada kita. Semoga amal kebajikan yang kita lakukan diangkat dan diterima Allah swt & ia tidak menjadi sia-sia. Inshaallah..;) Amiin

Surah Al-Maidah ayat 48: "Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan..." 


via fb: iluvislam.com

Saturday, June 23, 2012

Hadis

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seorang muslim yang baik adalah yang membuat kaum muslimin yang lain selamat dari gangguan lisan dan tangannya. Dan seorang yang benar-benar berhijrah adalah yang meninggalkan segala perkara yang dilarang Allah.” (HR. Bukhari dalam Kitab al-Iman [10])

seandainya...

~✿>> Seandainya kamu diberikan WAJAH yang cantik/tampan, BINALAH HATI secantik wajahmu agar Allah kurniakan TEMAN HIDUP yang BERHATI JERNIH..

Sabda Nabi s.a.w :
"Sesungguhnya Allah TIDAK MELIHAT rupa paras dan harta kamu, tetapi Dia melihat HATI DAN AMALAN kamu."
♥(HR Muslim)♥

Makna Persahabatan Dengan Allah SWT=)

1. Pershbtn dgn Allah adalh bersahabat dgn semua Kurnia & Nikmat-Nya

2. Bersahabat dgn Nikmat-Nya adlh BerSyukur

3. Bersahabat dgn Ujian-Nya adlh berSabar

4. Bersahabat dgn Perintah-Nya adlh mngHormati & menunaikn Perintah-Nya

5.Bersahabat dgn Larangan-Nya adlh mnJauhi Larangn-Nya

6. Bersahabat dgn KeTaatn adlh dgn keIkhlasan

6. & Bersahabat dgn Al-Quran adlh mrenungknnya

~Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.~

via fb: Kempen Aurat Saya Maruah Saya

Sungguh Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang:)

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan kepadanya 4 malaikat.

Malaikat Pertama : akan ambil SELERANYA.
Malaikat kedua : akan ambil REZEKINYA.
Malaikat ketiga : akan ambil KECANTIKANNYA (wajah menjadi puact)
Malaikat keempat : akan ambil DOSANYA

Dan apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNYA kembali sihat, Allah akan suruh malaikat pertama,kedua & ketiga untuk beri balik apa yang diambil olehNYA buat sementara waktu iaitu nikmat SELERA, REZEKI & KECANTIKAN.
Tapi, Allah tidak menyuruh malaikat keempat untuk beri balik DOSA hambaNYA yg telah diambil. Nak tahu kenapa?

Sebab sakit itu ujian Allah. Sakit itu kafarah(penghapus) dosa bagi tiap2 hambaNYA. SubhanAllah.. betapa kasih, mulia & baik hatinya Allah pada hamba2NYA. Sebab tu kena selalu husnudzon (bersangka baik) bila Allah uji kita dgn rasa sakit.

Sungguh kasihnya Allah pada kita. Dalam Dia menguji kita dengan nikmat sakit, ganjaran dan pahala tetap ada buat kita, hamba-hambaNYA.

subhanallah
via fb: Lelaki soleh idaman wanita solehah

BERAMAL DENGAN ILMU























Friday, June 22, 2012

7 golongan mendapat naungan Allah

alhamdulillah di hari Jumaat y indah ini, ana bkesempatan menimba ilmu wlpn sedikit tp bmanfaat di laman FB. Smga ilmu y diperoleh mnjadi pnduan utk ana mperbaiki diriku mnjadi muslimah y baik di antara y terbaik..Inshaallah..;) amiin ya rabb

Tujuh gol. yg mndpat naungan Allah swt ialah:

1. pemimpin yg adil
2. pemuda yg sntiasa beribadat kpd Allah swt
3. dua org y cinta mncintai krn Allah di mana keduanya bkumpul & bpisah krn Allah swt
4. lelaki yg hatinya sentiasa terpaut dgn masjid
5. lelaki y diajak oleh wanita rupawan serta kaya utk mlakukan zina, lalu ia mnjawab "Aku takut kpd Allah"
6. org yg bsedekah scra bersmbunyi shingga tangan kirinya tidk mngetahui apa yg diberi oleh tngan kanannya
7. sseorang yg mngingati Allah di tmpat sunyi lalu mngalir air matanya

Hadis:
Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah, Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya, Orang yang hatinya terpaut pada masjid, Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata, Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah", Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.."    

Tazkirah by Ustaz Don

<3 Bismillah <3

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK:-

1. gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu & ini.
3. berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. berkira membantu memudahkan hal yang baik
5. Riak apabila bersedekah
6. banyak berbuat maksiat / kemungkaran
7. tidak / kurang beristighfar
8. tidak bersyukur / banyak mengeluh

p/s: rezeki bukan saja dalam bentuk wang, tetapi melalui kebahagiaan, kejayaan, peluang dan lain-lain..

Aku mendoakan agar aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas segala pemberian Allah swt padaku, & aku berdoa agar Allah memelihara & jauhkan aku dari sifat kikir / bakhil. InsyaAllah..amiin=)