Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Monday, July 23, 2012

Sunnah Rasulullah ketika bertemu sesama sendiri

<3 Bismillah <3

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan meneruskan perjalanan hidup sehingga ke hari ini. Semoga hari ini, yang merupakan 3 Ramadhan dapat dijalani dengan lebih baik dari semalam, dan amalan hari ini dapat dipertingkatkan lagi untuk meraih Redha Ilahi di bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah. 

InsyaAllah, hari ini ana mahu berkongsi berkaitan sunnah Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama Muslim. Amalan ini amat mudah, tapi kita dan ana sendiri kadang2 terlepas pandang dan sukar hendak mengamalkannya, tahu tapi sering terlupa. Sebab itulah perlunya kita saling mengingati antara satu sama lain setiap masa supaya kita sama2 dapat mengamalkan sunnah Junjungan Mulia, Rasulullah SAW ini demi kebaikan bersama dan supaya setiap yang kita kerjakan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insha'Allah! ;)

1. Memberi salam ketika bertemu
Rasulullah SAW pernah ditanya: "Apakah dia amalan Islam yang paling baik?" 
Baginda menjawab: "Kamu memberi makan kepada orang dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal."  

2. Bersalaman ketika bertemu
Rasulullah SAW bersabda: "Tiadalah seseorang Muslim yang bertemu saudaranya lalu ia bersalaman melainkan Allah akan mengampunkan dosa mereka kedua-duanya sebelum mereka berpisah.." (HR Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah)

3. Memberikan senyuman ketika bertemu   
Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikitpun sekalipun ketika kamu bertemu saudara kamu dengan menunjukkan wajah yang manis.." (HR Muslim)


4. Berkata dengan ucapan yang baik
Allah SWT berfirman: "Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mengucapkan kata2 yang baik, sesungguhnya syaitan menimbulkan perselisihan di antara mereka, sesungguhnya syaitan itu menjadi musuh yang nyata bagi manusia." (Surah al-Israk ayat 53)

Rasulullah SAW bersabda: "Ucapan dan kata-kata yang baik itu adalah sedekah.." 
(HR al-Bukhari dan Muslim)  

#Semoga bermanfaat, InsyaAllah =)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.