“Kebahagiaan dimiliki
seandainya segalanya Kerana Dia”
SITI
AISYAH redha menerima ketentuan Ilahi apabila suami tersayang, Muhd Azuan
dijemput Ilahi dalam kemalangan yang meragut nyawa suaminya sebelum sempat dia
menatap wajah cahaya matanya. Meskipun kesedihan membelenggu hatinya namun dia
berusaha untuk kuat demi anak yang dikandungnya. Dia menyakinkan hatinya setiap
yang berlaku pasti ada hikmahnya. Senyuman kunci kekuatan buat dirinya menghadapi
segala dugaan yang dilalui.
NUR
ASYIKIN yang telah dua tahun mendirikan rumahtangga masih belum dikurniakan
cahaya mata. Pertanyaan yang sering diajukan oleh ibu mertuanya membuatkan dia resah
dalam penantiannya. Sokongan dan dorongan dari suami tercinta, Amirul Hakimi
menjadi sumber kekuatannya untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Dia
memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar terus diberikan kekuatan untuk menghadapi
segalanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.