Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, January 19, 2013

MEMBUNUH 100 ORANG DAN BERTAUBAT



Hadis Bukhari dan Muslim, dari Abu Sa’id bin Malik bin Sinan Al-Khudri ra., bahawa Nabi saw bersabda:
            Sebelum kalian, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya kepada penduduk sekitar tentang seorang yang alim. Maka dia ditunjukkan kepada seorang rahib (pendeta Bani Israil).
Dia pun pergi berjumpa pendeta tersebut dan menceritakan yang dia telah membunuh 99 orang. Dia bertanya apakah dia boleh bertaubat? Pendeta itu jawab, “Tidak”. Maka pendeta itupun dibunuhnya, sehingga genaplah jumlah orang yang dibunuhnya menjadi 100 orang.
Kemudian dia terus bertanya di mana dia boleh bertemu seseorang yang paling alim di atas bumi ini. Dia pun ditunjukkan pula kepada seorang lelaki alim. Ketika menghadap orang alim itu, dia bercerita bahawa dirinya telah membunuh sebanyak seratus jiwa. Dia bertanya, “Bolehkah aku bertaubat?”
Orang alim itu menjawab, “Ya, siapakah yang akan menghalangi orang bertaubat? Pergilah kamu ke kota ini (sambil menunjukkan ciri-ciri kota yang dimaksud), kerana di sana terdapat orang yang menyembah Allah Taala. Beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka, dan jangan kembali ke kotamu, kerana kotamu merupakan daerah yang jelek.
Lelaki itupun berangkat menuju ke kota yang dimaksudkan. Ketika menempuh separuh perjalanan, maut menghampirinya.
Kemudian terjadilah perselisihan antara Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab – siapakah yang lebih berhak membawa rohnya? Malaikat Rahmat beralasan bahawa orang ini datang dalam keadaan bertaubat, lagi pula menghadapkan hatinya terhadap Allah. Sedangkan Malaikat Azab bertugas menyiksa orang berdosa beralasan bahawa orang ini tidak pernah melakukan amal baik.
Kemudian Allah swt mengutuskan malaikat yang menyerupai manusia, mendatangi keduanya untuk menyelesaikan masalah itu dan berkata, “Ukurlah jarak dari tempat dia meninggal ke kota asalnya, dan ke kota yang ditujunya. Mana yang lebih dekat maka itulah baginya.”
Para malaikat itupun mengukur, lalu mereka mendapati bahawa ketika meninggal si pembunuh itu jaraknya lebih dekat ke kota yang ditujunya. Maka Malaikat Rahmatlah yang berhak membawa roh orang tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.