Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, December 14, 2012

mUtiaRa Kata

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." -Khalifah Abdul Malik bin Marwan-

"Janganlah engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya." -Saidina Umar al-Khattab-

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.." -Saidina Abu Bakar as-Siddiq- 

"Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan." -Saidina Ali bin Abi Talib-

"Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata 'Aku sudah pintar', maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya." -Luqman al-Hakim-

"Siapa yang mendamaikan dua orang yang bersengketa, Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak.." -Anas r.a.-

"Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.." -Saidina Ali bin Abi Talib-

"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan prasangka, maka janganlah menyesal kalau orang yang menyangka buruk kepadanya." -Saidina Umar al-Khattab-

"Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindahkan bukit ke bukit.." -Ibnu Abbas-

"Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka.." -Ahli Hikmah- 

"Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasaan Allah.." -Imam Syafie- 

"Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh.." -Amru al-As- 

"Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim.." -Saidina Umar al-Khattab-

"Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja.." -Luqman al-Hakim-  

"Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.." -Saidina Umar al-Khattab- 

"Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.." -Al Syibli- 

"Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.." -Luqman al-Hakim- 

"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu, hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya.." -Ahli Hikmah-

"Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.." -Saidina Ali bin Abi Talib-

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.." -Saidina Ali bin Abi Talib- 

"Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya.." -Saidina Ali bin Abi Talib- 

"Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata." -Imam Syafie- 

"Allah telah memerintahkan kepada dunia, 'Berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat kepada-Ku, dan buatlah payah orang yang berkhidmat kepadamu'.." -Imam Ja'far As-Shodiq-  

"Alangkah buruknya kepapaan kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa.." -Saidina Ali bin Abi Talib-  

"Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada orang yang berakal, beradab, dan terpilih.." -Ibnu Maqaffa- 

"Kekayaan yang sebenar ialah akal, kepapaan yang sebenar ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yang baik.." -Saidina Ali bin Abi Talib- 

"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.." -Imam al-Ghazali-

"Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka yang berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah lembut.." -Saidina Umar al-Khattab- 

"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia, orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.." -Saidina Abu Bakar as-Siddiq- 

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu itu bertambah bila dibelanjakan.." -Saidina Ali bin Abi Talib-      



“Jangan engkau menjadi hamba orang lain. Sesungguhnya Allah jadikan engkau merdeka” (Saidina Ali)

“Membalas baik dengan jahat, bukanlah berperikemanusiaan. Membalas baik dengan baik perkara biasa. Tetapi membalas jahat dengan baik adalah cita-cita kemanusiaan yang setinggi-tingginya.” (Hamka)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.