Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, December 14, 2012

mUtiara HaDiS

Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: 'Maha Suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau', melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu." (Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Niat: Permulaan Segala Amalan 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kewajipan Menyampaikan Ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa." (Riwayat al-Bukhari)

Faedah Menyampaikan Ilmu

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)   

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: “Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran solat selagi mana ia berada ditempat solatnya menanti untuk menunaikan solat.” -Riwayat Muslim-

Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi saw bersabda: “Sekiranya seorang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*KETERANGAN:
Abu Nadhr, salah seorang perawi hadis ini berkata: “Aku tidak mengetahui sama ada Nabi saw mengatakan: Empat puluh hari, empat puluh bulan, atau empat puluh tahun.”
Haram melintasi di hadapan orang yang sedang solat tanpa penghadang. 


KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA
Drpd Tamim al-Dari ra., Nabi saw bersabda: “Agama adalah ‘NASIHAT’.” Kami bertanya: “Terhadap siapa?” Baginda menjawab: “Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya.” (Rwyt Muslim)
Drpd Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

JANGAN MEMBEBANKAN DIRI
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda: “Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

CARA MELAKSANAKAN AGAMA
Drpd Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagiaan malam.” (Riwayat al-Bukhari)

BERHATI-HATI MENYAMPAIKAN ILMU
Drpd Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi saw bersabda: “Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun.” (Riwayat Muslim)

MENUNJUK CONTOH TELADAN YANG BAIK
Drpd Abu Mas’ud al-Ansori ra, Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya.” (Riwayat Muslim)
Drpd Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: “Siapa yang melambat-lambatkan amalannya, keturunannya tidak akan bersegera untuknya.” (Riwayat Muslim)

SIFAT MALU YANG SEBENAR
Drpd Imran bin Husain r.a., Nabi saw bersabda: “Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)
Drpd Abdullah bin Umar r.a., Nabi saw mendengar seseorang mempertikai sifat malu pada sahabatnya, maka baginda bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)   

MENYUKAI SUATU YANG TERBAIK
Drpd Sahl bin Saad ra, Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah.” (Riwayat al-Hakim & al-Tabrani)
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.