Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, May 8, 2012

PESANAN LUQMANUL HAKIM KPD ANKNYA:-


Antara psnn Luqmanul Hakim kpd anknya ialh:

Apbla engkau sdg solat maka jga baik2 fikirnmu

  Apbla engkau brda di rumh org lain, mka pelihara pndnganmu 

 Apbla engkau brda di tgh2 mjlis mka jga lidahmu

  Apbla engkau hadir di jamuan mkn mka jga akhlakmu

  Ingtlh kpd Allah 

    Lupakn baik budimu kpd org lain 
 
 Lupakn sgla kslhn org lain trhadap dirimu 

Ingtlh kpd mati




Dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah ke-31. Di dalamnya Allah menyatakan “Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada Luqman “al-Hikmah”, bahawa bersyukurlah kepada Allah. Sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat Terpuji” (ayat 12). Al-Quran tidak menerangkan siapakah Luqman itu sebenarnya: apakah dia seorang rasul, pendeta, atau ulama. Al-Quran hanya menyebut dia seorang yang telah dikurniakan ‘al-Hikmah’. Walau apapun, tentulah dia seorang yang sangat istimewa di sisi Allah hingga namanya diabadikan di dalam kitab suci-Nya. Dan setelah menyatakan bahawa dia telah dikurniakan ‘al-Hikmah’, al-Quran menceritakan bahawa Luqman telah mengajar anaknya seperti berikut, terkandung dalam ayat 13-19:

Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberinya nasihat: Wahai anakku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar. (13)

Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Akulah jua tempat kembali. (14)  

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang kamu telah kerjakan. (15)

Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah kerana sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuan-Nya lagi Amat Meliputi. (16)
Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar, & bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang sangat penting. (17)

Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri. (18)
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkan suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.