Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, May 8, 2012

Amalan kita untuk orang yang sudah meninggal


Dari Aisyah r.a., menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, & dia tidak ada berwasiat apa pun & saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Nabi menjawab: Ya, bersedekahlah & dia akan mendapat pahala. (Sahih Bukhari & Muslim) 

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata: “Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia? Rasul menjawab: Ada, engkau berdoalah untuk keduanya & meminta diampunkan dosa-dosanya, & ditunaikan wasiat & janji-janjinya, & hubungkan silaturrahim dengan saudara & keluarganya, & hormati serta muliakan kawan-kawannya..” (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.