Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, September 1, 2012

Kerja Sebagai Ibadat

untuk menjadikan pekerjaan yang kita lakukan menjadi satu Ibadat adalah dengan 3 perkara y utama iaitu:

1. NIAT IKHLAS KERANA ALLAH SWT - kita perlulah niat atas segala pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadat kepada Allah dan melaksanakannya dengan ikhlas kerana Allah swt. Hal ini penting supaya kita akan memperoleh keberkatan dari Allah swt dalam pekerjaan yang kita lakukan. Kita juga haruslah menjauhkan perkara syirik seperti melakukan sihir kerana adanya perasaan dengki/hasad dengki terhadap rakan sekerja.     

2. AMANAH DALAM KERJA - kita perlulah melaksanakan segala kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan penuh amanah. Yang mana, kita hendaklah melakukan kerja mengikut prosedur yang digariskan, tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tiada kaitan dengan urusan kerja dan amanah dalam menyiapkan kerja yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan supaya urusan yang diamanahkan dapat berjalan dengan baik. 

3. TEKUN DALAM MELAKUKAN KERJA - kita perlulah mengamalkan sikap2 terpuji/positif sebagai seorang pekerja seperti rajin dan tekun secara konsisten dalam melaksanakan kerja kita.  
   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.