Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label Ibrah. Show all posts
Showing posts with label Ibrah. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Ibrah dari Kehidupan

<3 Bismillah <3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Sedarlah kita bahawa keikhlasan di dalam diri seseorang sesekali tidak mampu untuk kita membacanya. Kerana keikhlasan letaknya pada sekeping hati yang tidak mampu kita lihat. 

"Keikhlasan ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di dalam gelap gelita.." 

Keikhlasan tidak dapat dilihat dan tidak mampu dinilai, sesungguhnya ikhlas atau pun tidak ikhlas hati seseorang dalam melakukan sesuatu amal atau perbuatan hanya Allah SWT sahaja yang mampu menilainya kerana Allah Maha Mengetahui setiap apa yang ada di hati manusia. 

Kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang itu tidak ikhlas sekiranya dia mengumumkan pemberiannya kepada orang ramai atau melakukan di depan umum, dan sebaliknya jika seseorang itu tidak menyatakan pemberiannya tidak bermakna itu jelas menunjukkan dia ikhlas. Niat di hatinya hanya Allah yang tahu. 


Jadi, seeloknya kita hendaklah sentiasa bersangka baik dalam setiap hal. Tidak perlulah kita mahu mengatakan orang itu ikhlas atau tidak dalam amalannya. Seharusnya hati kita yang perlu kita pelihara dan pastikan keikhlasan ada kerana Allah dalam segala amalan dan perbuatan yang kita kerjakan agar ianya tidak menjadi sesuatu yang sia-sia. 

Kita dapat merasai nilai keikhlasan dalam hati kita sekiranya kita masih dapat mengekalkan kebaikan serta kebajikan yang kita lakukan meski pun semasa kita bersendirian dan tidak hanya melaksanakannya hanya ketika berada di tempat terbuka mahu pun di hadapan orang ramai. 

Seandainya kita hanya bersikap peka, rajin dan bersemangat melakukan kebaikan apabila berada di dalam kalangan yang ramai, namun semasa keseorangan kita malas dan meninggalkannya maka itu boleh dijadikan ukuran kepada keikhlasan hati kita. Tidak perlu untuk orang lain mengatakan kita tidak ikhlas, sedangkan kita sendiri sudah tentu dapat menilai dan merasai hati kita yang jauh dari rasa ikhlas dalam amal perbuatan kita.     

Selalulah mohon kepada Allah SWT agar sentiasa dikurniakan rasa IKHLAS dalam mengerjakan setiap amalan, ibadah dan pekerjaan agar kita memperoleh keberkatan dari-Nya, InsyaAllah!

#Semoga Allah Redha =)  

Saturday, September 1, 2012

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, 


"siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga?" 

Baginda menjawab, "seorang wanita yang bernama Muti’ah" 

Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. 

"Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi?"

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. "Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi?" 

Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib, Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. 

"Wa’alaikumussalam! Siapa di luar?" Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

"Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki" jawab Muti’ah

"Tapi Hasan masih kecil" jelas Fatimah

"Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

"Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"

"Ya dengan Hasan dan Husain"

"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?"

"Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami" jawab Muti’ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

"Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya" kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

Fatimah bertanya kepada Mutiah "suamimu kerja di mana?"

"Di ladang.." Jawab Muti’ah

"Sebagai pengembala?" soal Fatimah.

"Bukan. Bercucuk tanam" Jawab Muti’ah lagi.

"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?" tanya Fatimah.

"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan, saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa. Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu?" tanya Fatimah.

"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang dikhabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Wallahu a’lam