Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, November 15, 2013

Tips Ibu Bapa Cemerlang



1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak akan jadi bertambah degil dan nakal dan tidak boleh dikawal.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW:-

"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tidak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tidak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakanlah hadiah hari lahir yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita untuk mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja di pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Cara Mendidik Anak Cinta Masjid


  1. Ajar anak-anak mendengar laungan azan, hormati azan dan menjawab laungan azan kerana azan adalah panggilan hidayah dan panggilan kejayaan. Permulaan yang baik akan menghantar anak kita ke rumah Allah.
  2. Bawa anak ke masjid dan ajarkan mereka adab semasa berada di dalam masjid. Sebagai ibu bapa, perlulah berperanan untuk menjaga adab mereka. Bila bawa anak ke masjid, ajar anak untuk melakukan Tahiyatul Masjid supaya hormat kepada tuan empunya masjid yakni Allah SWT. Didik untuk hormat kepada Allah. Bila anak ada masalah, bawa anak ke masjid serta tanya kepada anak apa yang mereka rasa setelah solat di masjid dan apa beza solat di rumah dengan solat di masjid. 
  3. Beri anak-anak kita ilmu tentang masjid. Beritahu anak-anak kita, seseorang yang hendak menjadi VVIP (very very important person) Allah di akhirat kelak adalah seorang lelaki yang hatinya terikat dengan masjid.        
<Ustazah NorHafizah Musa>

Friday, November 8, 2013

12 Sifat Sahabat Sejati

<3 Bismillah <3

Imam al-Ghazali rahimallah telah menggariskan 12 sifat sahabat sejati :-
 
- Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

- Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

- Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

- Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Pilih Sahabat

<3 Bismillah <3

Wasiat Al-Qamah kepada anaknya :-

Katanya: "Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu."

"Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya."

"Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu."

"Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu."

Kisah Hasan al-Basri & Sepasang Mata



<3 Bismillah <3

Hasan al-Basri pada masa mudanya kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian yang mahal. Beliau sering berjalan-jalan di sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang dengan keindahan dan ramainya penduduk yang tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau ternampak seorang wanita berhijab. Melihat wanita cantik itu, Hasan terpesona dengan sepasang mata milik wanita itu yang sangat cantik. Hasan lalu berjalan mengikutinya. 
 
Wanita itu menoleh setelah menyedari dirinya telah diekori.
Lantas wanita itu berkata kepadanya: "Apakah engkau tidak malu?"
Jawab Hasan: "Malu pada siapa?"
Wanita itu menjawab: "Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati."

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya. Akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu. 
 
Wanita itu berkata lagi kepadanya: "Mengapa engkau mengikuti aku?"
Jawab Hasan: "Sungguh, aku terpesona dengan sepasang matamu itu."
Wanita itu berkata: "Tunggulah di sini, nanti akan aku kirimkan apa yang engkau kehendaki."
Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita itu kepadanya membawa sebuah kotak. Ketika Hasan membuka kotak tersebut, dia terkejut kerana ternyata terdapat dua mata wanita itu yang masih berdarah di dalamnya. 
 
Melihat hal sedemikian, maka pelayan tersebut berkata: 
"Sungguh tuan puteri berkata: "Aku tidak ingin mata yang mendatangkan fitnah dan mempesonakan orang.
Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: 
"Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu."
Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis. 

Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisan wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku. Dikatakan bahawa pemilik rumah itu telah meninggal dunia. 
 
Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari tiga malam. Pada malam ketiga, dia bermimpi berjumpa dengan wanita itu.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya: "Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku."
Jawab wanita itu: "Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau. Allah telah memberi ganjaran syurga kepadaku"

Hasan berkata: "Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.
"Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadaNya," kata wanita berkenaan. 
 
Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan nasihat tersebut sehingga dia menjadi seorang Sufi yang masyhur di kalangan masyarakat dengan sifat zuhud dan taatnya kepada Allah SWT. Akhirnya, dia pun memperoleh darjat yang tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah SWT.


Wednesday, November 6, 2013

Perkara Sunat Dilakukan Dengan Kelahiran Bayi

<3 Bismillah <3
  • AZAN DAN IQAMAT 
         Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi, sesuai dengan hadis Abu Rafi' yang bermaksud:  "Saya melihat Rasulullah SAW mengalunkan azan yang dilaungkan untuk mengerjakan solat pada telinga Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah."

  • TAHNIK
        Terdapat anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. 
       Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.   
       Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud: "Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi saw, Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma." 
       Antara hikmah amalan 'tahnik' adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya. Kurma boleh digantikan dengan gula dan madu lebah jika kurma sukar untuk didapati.  

  •  MEMBERIKAN NAMA YANG BAIK
      Islam menganjurkan untuk memberikan nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik. Pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang Muslim. 
          Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: 
Maksudnya: "Sesungguhnya pada hari Kiamat kelak, kamu semua akan dipanggil (menghadap Allah SWT) dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, perelokkanlah nama-nama kamu."
      Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang membawa makna yang tidak baik. Hal ini penting dalam usaha menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat.  
  • PENGURUSAN URI 
       Dalam bahasa Arab, uri disebut al-Mashimah. Uri atau dikenali plasenta merupakan sesuatu yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Uri adalah satu organ yang bersambung dengan tali pusat yang berfungsi sebagai alat yang membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi di dalam kandungan. 
      Menurut pandangan Islam, uri adalah suci bukannya najis, dan tidak boleh dijual atau diperdagangkan. Oleh sebab itu, uri perlu ditanam dan diuruskan dengan cara yang baik. 
      Hukum menanam uri bayi adalah Harus atas tujuan menjaga kebersihan dan kesucian uri tersebut dan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
      Tujuan uri perlu dibersihkan dan ditanam supaya tidak digonggong atau dimakan oleh haiwan dan sebagai satu fitrah dalam menghormati tubuh badan manusia yang merupakan sebahagian daripada anggota badan manusia yang dicipta oleh Allah SWT.    
       Cara membersihkan uri adalah sekadar dengan dibasuh dengan air bersih dan kemudian ditanam dengan baik supaya tidak dihidu oleh binatang liar. 
       Terdapat masyarakat Melayu yang membasuh uri dengan menggunakan asam dan garam. Sekiranya hal ini bertujuan untuk menghilangkan bau uri tersebut agar tidak dihidu oleh kucing atau anjing, maka ia adalah Harus.
  • AKIKAH DAN BERCUKUR RAMBUT
        Akikah dari segi bahasa bermaksud Rambut yang terdapat pada anak yang baru dilahirkan. Manakala dari segi Syarak ialah Binatang yang disembelih bagi anak yang baru dilahirkan. 
        Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ini ialah: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a. katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bersama bayi itu terdapat akikah. Maka, tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis)."     
        Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samurah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya, "Bayi itu tergadai (tergantung) dengan akikahnya. Binatang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh, diberikan nama dan dicukur kepalanya."
        Para ulama mazhad asy-Syafi'i menyatakan bahawa sunat dilakukan akikah pada hari ketujuh kelahiran. Sekiranya tidak mampu, maka boleh dilakukan sebelum anak mencapai usia baligh. Jika si anak telah baligh tetapi masih belum dilaksanakan akikahnya, maka tanggungjawab ibu bapa itu telah gugur dan sebaik-baiknya si anak melakukan akikah untuk dirinya. 
  • AMALAN MENCUKUR RAMBUT
         Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah ini mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibnu al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu. 
          
 Hikmah berakikah:-
  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baru yang sujud menyembah Allah SWT di dunia.
  2. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
  3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara, dan jiran tetangga. 
  4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya. 
  5. Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya. 
  6. Menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.  

  • BERKHITAN
      Hukum berkhitan dalam mazhad asy-Syafi'i ialah WAJIB bagi lelaki dan wanita. Ada juga yang mengatakan hukum berkhitan merupakan sunat.  
         Hadis Riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW, Maksudnya: "Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan merupakan kemuliaan bagi kaum wanita."
          Bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada sabda Nabi SAW kepada seorang lelaki yang baru memeluk agama Islam: Maksudnya, "Buanglah daripadamu rambut kekufuran dan berkhitanlah."
          
 


 

 

Teman Sejati

<3 Bismillah <3 

Special to my lovely friends =)


Teman Sejati 

Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Ilahi

KepadaMu Allah
Ku panjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Ku pohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah ku ungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita