Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, October 31, 2013

Bila Gambar Jadi Haram!

<3 Bismillah <3 

Ketahuilah kekadang gambar boleh menyebabkan manusia akan melakukan syirik kepada Allah swt. Dan sesungguhnya syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni Allah swt. Semoga kita dijauhkan dari hal tersebut dan sentiasa dalam peliharaan dan Rahmat Allah swt, In Shaa Allah! Dalam Surah Luqman, ayat 13: "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

Berkaitan gambar di dalam rumah, Dr Yusuf Al-Ghardawi menyatakan Empat perkara kenapa gambar dan perhiasan di dalam rumah menjadi haram adalah kerana: 
  1. Untuk menjaga aqidah manusia supaya tidak melakukan syirik tanpa sedar.
  2. Untuk menjaga pelukis patung atau lukisan dari berasa takjub dengan diri sendiri. Hal ini akan mendorong kepada timbulnya penyakit dalam diri pereka patung/lukisan sekiranya rekaan yang dibuat mereka dipuji atau dikagumi oleh orang lain.
  3. Apabila pereka telah mahir dalam melukis, perkara ini boleh mendorong kepada timbulnya syahwat. Oleh demikian, gambar/patung diharamkan supaya perkara sebegini dapat dielakkan dari berlaku.     
Jenis Patung yang Diharamkan :- Patung yang berbentuk sempurna, jelas dan cukup anggota yang direka adalah haram hukumnya serta haram untuk membelinya. 

Manakala, patung yang berbentuk cacat atau tidak sempurna rekaannya dan sekiranya tidak punyai niat untuk diagungkan maka tidak haram. Tapi jika cacat namun tujuannya untuk diagungkan tetap haram hukumnya. 

Patung Mainan Anak-anak :- Imam Malik mengatakan patung mainan yang dibelikan kepada anak-anak untuk permainan hukumnya adalah makruh. Manakala Dr Yusuf Al-Ghardawi  mengatakan Harus biarkan anak-anak bermain. 

Oleh itu, gambar atau perhiasan di dalam rumah TIDAK menjadi HARAM seandainya tidak ada unsur untuk mengagungkannya, tidak berkait dengan perkara haram seperti gambar perempuan atau pun gambar yang boleh menaikkan syahwat. Waallahu'alam :)  
        

Wednesday, October 30, 2013

Jangan Pandang Remeh

<3 Bismillah <3 

Assalamualaikum, :) 


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu di ruangan ini, In Shaa Allah ;) 

Alhamdulillah, diberi peluang untuk mendengar kuliah ringkas dalam program "Muhasabah Diri" di TV Hijrah yang bertajuk "Jangan Pandang Remeh". Walau pun ringkas tapi ilmu yang diperoleh itu cukup bermakna dan memberi nilai yang besar kepada diri untuk diamalkan, Insyaallah. Dengan ilmu tersebut, dapatlah digunakan bagi memuhasabah diri yang lemah ini, penuh khilaf serta kekurangan. 

Betapa pentingnya buat kita untuk sentiasa memuhasabah diri kita setiap hari dan ketika agar kita tidak terus berada dalam kelalaian dan kealpaan. Kita perlu memuhasabah diri supaya segala kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan dalam kehidupan kita seharian dapat diperbetulkan dan dibaiki serta diinsafi, InsyaAllah! 

Tajuk, "JANGAN PANDANG REMEH" membincangkan tentang manusia yang sering mengambil ringan soal pahala-dosa, halal-haram, maruah, aurat, maksiat, ibadat dan lain-lain. 

Ramai di antara kita yang selalu menggunakan istilah "Tidak Apa" dalam banyak situasa yang melibatkan dosa, maksiat, aurat dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak takut kepada hukuman dari Allah swt yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala yang diperbuatkan oleh hamba-hambaNya. Mereka memandang remeh setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam menjalani kehidupan kita di alam fana ini. Bayangkan, seorang suami yang memandang remeh soal dosa, haram tatkala membiarkan isteri bergaul bebas dengan kawan-kawan lelaki. Dia sekadar mengatakan "tidak apa!" bila melihatkan isterinya berkeadaan sedemikian kerana menganggap ianya soal yang biasa dalam hubungan persahabatan. 

Begitu juga seorang ibu yang membiarkan anak-anak tidak melaksanakan solat, dan seorang bapa membiarkan anak-anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. Mereka memandang ringan terhadap semua itu kerana telah menjadikan ia sesuatu perkara yang biasa. 

Tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya seolah-olah mahu menjemput kemurkaan Allah swt kerana mereka menjalani kehidupan tanpa mengikut garis panduan Kitab Suci Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Mereka memandang remeh terhadap setiap apa yang ditegah, dilarang dan disuruh oleh Allah, malah mereka sewenang-wenangnya melakukan apa yang ditegah tanpa rasa bersalah, berdosa dan malu kepada Allah swt. 

Ketahuilah, setiap perlakuan dan tindakan serta perbuatan yang kita kerjakan setiap saat dan ketika walau pun sebesar biji sawi akan dinilai dan diukur oleh Allah. Setiap dari kita akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah swt untuk setiap apa yang telah kita lakukan sepanjang perlayaran kita di dunia. 

Dalam Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8 yang bermaksud: "Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya."  

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat yang amat bernilai untuk diamalkan bagi menggapai redha Allah swt bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Semoga kita sentiasa dalam peliharaan dan jagaan Allah, In Shaa Allah!             

Saturday, October 26, 2013

Mengapa Diri Tidak Dihargai

<3 Muhasabah Diri <3

Kadang-kadang kita akan tertanya diri kita, mengapa diri kita tidak dihargai?

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa tidak menghargai, dia tidak akan dihargai"

Mungkin kita tidak sedar, bahawa dalam hidup kita ini kita tidak pernah menghargai orang lain. Ketahuilah yang hanya orang yang punyai harga diri akan menghargai orang lain.  Orang yang tidak ada harga diri sukar untuk menghargai orang lain. Jadi usahlah terasa hati atau pun resah gelisah tatkala merasakan yang diri tidak dihargai. 

Cuba kita merenung ke dalam diri kita,: "Adakah harga diri kita terletak kepada harta atau pun pangkat mahupun status??

Ketahuilah bahawa harga diri bukan terletak pada apa yang kita pakai, atau apa yang kita miliki. Tapi harga diri terletak pada apa yang kita beri dan apa yang kita sumbangkan kepada orang di sekeliling kita. 

Jadilah seorang yang suka memberi, berikanlah dengan sepenuh hati dan ikhlas kerana di situlah letaknya harga diri kita. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. 

"Allah sayang kepada orang yang memberi lebih dari yang menerima"

Kita perlu ingat bahawa orang yang tidak bersyukur kepada Allah, tidak akan berterima kasih kepada manusia.  Seperti Hadis Riwayat al-Tirmizi, Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah.." 

Dalam suatu kisah, terdapat seorang wanita tua yang merupakan penghuni di Rumah Orang-Orang Tua. Dia duduk sendiri di bilik. Dia mengeluh, "Malangnya hidup bila kita tidak dihargai". 
Dan terdapat seorang lagi wanita tua yang turut berada di dalam bilik itu, terdengar keluhan sahabatnya. Dia menepuk bahu sahabatnya itu dan berkata, "Apa yang malang dalam hidup bukan bila kita tidak dihargai, tapi apa yang malang dalam hidup bila kita tidak menghargai.."  

Sedarilah, kita akan merasakan yang hidup kita ini tidak bernilai bila asyik suka membuat perbandingan dengan orang lain. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, dan belajarlah untuk sentiasa menghargai setiap perkara yang hadir dalam hidup kita. 

Dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda: "Kasihilah sesiapa sahaja di bumi, nescaya Kamu akan dikasihi oleh seluruh makhluk." 

Semoga Allah swt Mengasihi dan Menyayangi kita semua, In Shaa Allah..Amin Ya Rabbal 'alamin :)  

 

Friday, October 25, 2013

Rezeki Yang Berkat

"Apa yang dimaksudkan dengan REZEKI YANG BERKAT?"

~ ~ Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak Berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus~ ~

Nasihat Ustazah Norhafizah Musa

Kalau pandang anak-anak, berurusan dengan mereka, bergaul dengan mereka cuba hadirkan empat perkara:-

  1. Pandanglah mereka sebagai hasil tangan kita. Pandang mereka sebagai tanggungjawab kita.
  2. Pandang mereka dengan belas ihsan kerana adanya kecuaian kita pada mereka. 
  3. Pandanglah mereka dengan kasih sayang kerana andai mereka merasai kekurangan kasih kita, mereka tidak akan jumpa gantinya pada yang lain (Selain Allah dan Rasul)
  4. Pandanglah mereka sebagai aset kita dunia dan akhirat, supaya harapan kita terus segar dan tidak kecewa dengan segala usaha.  
"Pastikan kita Ibu yang lebih baik dari semalam"

Kucing, Haiwan Peliharaan Nabi

<3 Rasulullah Dan Muezza <3

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap kali, Nabi menerima tamu di rumah, baginda akan selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan. Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri.

Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tidak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan munggil kucing itu.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Beberapa di antara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu-Bakar As-Siddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdul Rahman bin Sakhr al Azdi, diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan dirumahnya.”

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu Beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana."

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, Beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya, setelah Aisyah selesai solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah s.a.w. berwudhu dari sisa jilatan kucing, (Hadis Riwayat Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Subhanallah, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW: Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan. 


InsyaAllah! 
 

Friday, October 18, 2013

Seandainya SYURGA Dapat Dilihat

~ Hadis Qudsi ~

<3 Bismillah <3 

Allah Yang Maha Mengetahui bertanya kepada Malaikat-Nya: "Apakah yang diucapkan oleh para hamba-Ku?"
Malaikat menjawab: "Mereka sedang bertasbih, bertakbir, bertahmid dan memuja-Mu."
"Adakah mereka melihat-Ku?"
"Tidak, demi Allah mereka tidak melihat-Mu."
"Bagaimana seandainya mereka melihat-Ku?"
"Seandainya mereka melihat-Mu, pasti mereka akan lebih beribadah, memuji dan bertasbih kepada-Mu."
"Apakah yang mereka pohonkan kepada-Ku?"
"Mereka memohon kepada-Mu Syurga."
"Adakah mereka melihatnya?"
"Tidak, demi Allah mereka tidak melihatnya."
"Bagaimanakah seandainya mereka melihatnya?"
"Seandainya mereka melihatnya, pasti mereka akan lebih mengkehendaki, meminta-minta dan mengimpikannya.." (Riwayat Al-Bukhari)

<3 Subhanallah <3 Alhamdulillah <3 Allahu Akbar <3