Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, August 30, 2012

Sifat Yang Menjadikan Orang Mukmin Beruntung

Dalam Surah Al-Mukminun terkandung ayat2 yg mnyatakan sifat2 yg mnjadikan org Mukmin beruntung iaitu dari Ayat 1-11. Antara sifat tersebut adalah:

1. Orang yg khusyuk dalam solatnya
2. Orang yg menjauhkan diri drpd perbuatan/perkataan yg tidak berguna
3. Orang yg menunaikan zakat
4. Orang yg memelihara kemaluannya
5. Orang yg memelihara amanah & janjinya
6. Orang yg memelihara solatnya 

Sesungguhnya Allah swt telah menjanjikan ganjaran yg besar kpd hamba2nya yg beriman kpd-Nya dgn ganjaran Syurga Firdaus..subhanallah..  

Sunday, August 26, 2012

Didik Istiqomah

Cara-cara untuk mendidik Istiqomah:

1. mempunyai kesungguhan untuk mentaati Allah swt - kita perlulah menjauhi perkara2 yg tidak baik 

2. teguh kepada prinsip & pegangan - mencontohi Rasulullah saw yg mana Baginda mengatakan bahawa "aku tidak akan meninggalkan dakwah yg aku bawa meskipun diletakkan matahari di tangan kananku, bulan di tangan kiriku.."

3. memerlukan Ikhlas - Ibnu Qayyim "Istiqomah memerlukan Ikhlas kerana Ikhlas merupakan talian hayat iaitu berterusan hingga mati. Ikhlas perlu untuk memperoleh Redha Allah swt. 

4. Membayangkan apa yg kita laksanakan akan dipersembahkan kepada Allah swt. - apa yg kita laksanakan perlulah sepenuh hati kerana segala yg kita laksanakan akan dinilai oleh Allah swt & ingin diterima di sisi Allah.

5. perlu mempunyai Ilmu - bagi mendidik Istiqomah, kita perlulah mempunyai Ilmu & pengetahuan terhadap segala yg kita ingin lakukan supaya sejajar dengan ajaran Al-Quran & Al-Sunnah. 

6. buat yg terbaik - perlulah segala yg kita lakukan adalah hanya untuk menggapai Keredhaan Allah swt.      


By: Ustazah Wan Hafizah Musa

Tanda-tanda Taubat Diterima

1. Meningkatkan amal ibadat - perlulah mempunyai keyakinan bhwa Allah menerima taubat kita & perlu meningkatkan Ilmu bagi mendekatkan diri kepada Allah swt. 

2. Menggantikan teman yg buruk dgn teman yg baik - dikatakan sekiranya belum menggantikan teman buruk itu bermakna taubat belum sempurna. 

3. Meminta maaf kepada pihak yg dikhianati - taubat yg tidak jujur akn masih membuatkan kita sukar untuk memohon maaf kepada org lain atau pihak yg kita khianati. 

4. Mengubah penampilan - taubat yang diterima Allah akan mendorong kita untuk mengubah akhlak & cara hidup ke arah yg lebih baik. 

5. Melipat permaidani - istilah ini dilihat dari dua aspek iaitu yg pertama menjaga kebersihan dalam kehidupan & yg kedua ialah mengutamakan solat malam merupakan tanda taubat diterima. 

6. Memberi Sedekah kelebihan harta yg ada - sentiasa memberi sedekah. 

By: Ustazah Wan Hafizah Musa      

4 Golongan Mad'u

1. Golongan yg Yakin - mereka adlh org yg menyakini kebenaran dakwah y dsampaikn, percaya kpd pakatn dakwah & mengkagumi prinsip2 dakwah & mereka menemukan padanya kebaikan yang menenangkan jiwanya.

2. Golongan orang yg Ragu-Ragu - mereka ragu kerana tidak jelas dengan kebenaran yg disampaikan.

3. Golongan yg mencari Keuntungan - mereka tidak ikhlas dlm amal yang dilakukan. "bila kelak Allah menyingkap tabir kegelapan dari hati mereka, & menghilangkan kabut keserakahan dari jiwanya, nescaya mereka akan tahu bhwa ssungguhnya apa yg ada di sisi Allah itu jauh lebih baik & lebih kekal."
 
4. Golongan yg Berprasangka Buruk - mereka berkeras dgn kesilapan yg dilakukan & masih mahu mempertahankan slh fahamnya. Mereka melihat segalanya dengan pandangan yg buruk.

DAKWAH KITA

prinsip2 yg dipegang dlm menjalankn dakwah adlh:

  1. TERUS TERANG - menyampaikan & membawa kebenaran kepada semua tanpa berselindung.
  2. KESUCIAN - membawa misi yg bersih & suci dari kepentingan peribadi. yang mana, tidak mengharapkan kpd harta @ imbalan sebagai pulangan. 
  3. KASIH SAYANG - lebih mencintai mereka lebih dari diri sndiri & snggup berkorban.
  4. SEMUA KELEBIHAN HANYA MILIK ALLAH - tiada apa yang kami sumbangkn sebenarnya krn sgla kelebihan y ada semuanya datang dari Allah swt Yang Maha Pemurah. 

Tanda-tanda Takabbur

  1. tidak suka berdoa
  2. mudah terluka & melukakan hati orang lain
  3. sukar memberi & meminta maaf
  4. memotong cakap orang lain
  5. gila kuasa & jawatan
  6. cara berpakaian & berjalan yang angkuh
  7. gila/harapkan pujian
  8. bencana yg menimpa org lain/pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
  9. tidak suka berziarah