Assalamualaikum

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, May 24, 2012

MENCARI ISTERI...

"dikahwini wanita itu kerana 4 perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya & agamanya. oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung" =)

[HR Bukhari & Muslim]


Wednesday, May 23, 2012

WANITA

NAFSU mengatakan wanita cantik pada RUPAnya.. AKAL mengatakan wanita cantik pada ILMU & KEPANDAIANnya.. HATI mengatakan wanita cantik pada AKHLAKnya..

Tuesday, May 8, 2012

Ya Allah...

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan Semesta Alam..." Surah Al- An'aam: 162

Ucapan ALHAMDULILLAH


Ertinya: “segala puji pujian hanyalah untuk Allah” ataupun “segala syukur & terima kasih hanyalah untuk Allah..”       
Ianya diucapkan sebagai puja pujian & bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita.  

KEPANASN API NERAKA


Nabi saw bsabda, “ api y kamu nyalakan d dnia ini hnya sepertujuh puluh dr pns api neraka. Kalau sbahagian kecil shja api neraka jtuh ke dunia nscaya mndidih air laut krn panasnya..” (HR Muslim)

MATA YANG TIDAK DISENTUH NERAKA


Rasulullah saw bersabda, “ ada 2 mata yang tidak akan disentuh api neraka, mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, & mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah. “ (HR Tirmidzi)

SAKIT MENGHAPUS DOSA


Dr Anas ra, Rasulullah saw tlh bsabda: mksdnya: “jka Allah m’kehendaki kbaikn bg seorg hmba-Nya, dsegerakn bgnya ksushn (blsn) swktu d dnia lgi. Sbaliknya jka Allah m’kehendaki kjahatn bg seorg hamba-Nya, dtangguhkn pmbalasn ke atsnya shngga hari kiamat.” (Hadis riwayat At-Tirmizi:2395, Hadis Hasan, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308)

Rasulullah s.a.w. bsabda, “tdklah seorg muslim mderita sakit krn suatu pnyakit mlainkan Allah mnggugurkn kslhn2nya dgn pnyakit itu, sbagaimana pohon y mnggugurkn daun2nya.” (HR Bukhari, Muslim) 

Dr Ummu Al-Ala’, dia bkata: “Rasulullah s.a.w. mjengukku pd msa aku sdg skit, lalu bginda bkata. “gmbiraknlh whai Ummu Al-Ala’. Ssngguhnya skitnya org muslim itu mbuatkn Allah m’ampunkn dosa2nya, sbgmna api y mhilangkn kotorn pd emas n perak” (HR Abu Daud)

PESANAN LUQMANUL HAKIM KPD ANKNYA:-


Antara psnn Luqmanul Hakim kpd anknya ialh:

Apbla engkau sdg solat maka jga baik2 fikirnmu

  Apbla engkau brda di rumh org lain, mka pelihara pndnganmu 

 Apbla engkau brda di tgh2 mjlis mka jga lidahmu

  Apbla engkau hadir di jamuan mkn mka jga akhlakmu

  Ingtlh kpd Allah 

    Lupakn baik budimu kpd org lain 
 
 Lupakn sgla kslhn org lain trhadap dirimu 

Ingtlh kpd mati




Dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah ke-31. Di dalamnya Allah menyatakan “Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada Luqman “al-Hikmah”, bahawa bersyukurlah kepada Allah. Sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat Terpuji” (ayat 12). Al-Quran tidak menerangkan siapakah Luqman itu sebenarnya: apakah dia seorang rasul, pendeta, atau ulama. Al-Quran hanya menyebut dia seorang yang telah dikurniakan ‘al-Hikmah’. Walau apapun, tentulah dia seorang yang sangat istimewa di sisi Allah hingga namanya diabadikan di dalam kitab suci-Nya. Dan setelah menyatakan bahawa dia telah dikurniakan ‘al-Hikmah’, al-Quran menceritakan bahawa Luqman telah mengajar anaknya seperti berikut, terkandung dalam ayat 13-19:

Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberinya nasihat: Wahai anakku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar. (13)

Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Akulah jua tempat kembali. (14)  

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang kamu telah kerjakan. (15)

Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah kerana sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuan-Nya lagi Amat Meliputi. (16)
Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar, & bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang sangat penting. (17)

Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri. (18)
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkan suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)  

Memberi SALAM


Nabi bersabda., “kamu tidak akan dapat masuk syurga sebelum kamu beriman & kamu belum dikatakan beriman sebelum kamu mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk mengasihi satu sama lain? Amalkan MEMBERI SALAM sesama kamu.” (HR Muslim)